Alia mula bekerja sebagai guru sambilan dan menjadi guru sepenuh masa di salah sebuah rumah anak yatim di Lembah Klang. Berada di sana sebagai guru tetap selama 4 tahun, ia membuka matanya tentang betapa malangnya anak-anak yatim yang tinggal di institusi tersebut. Dia menyedari kebanyakan mereka mempunyai keluarga dan berada di sana hanya kerana kemiskinan.
Dengan tagline OrphanCare, “Setiap Kanak-Kanak Memerlukan Keluarga”, Alia merasakan ia sangat selari dengan pegangan hidupnya dan berasa bersyukur dapat menyertai pasukan OrphanCare pada tahun 2020.
Kini beliau mengetuai Jabatan Penyelamat Bayi (Baby Rescue Department) dan merasakan kepuasan yang mendalam dalam mengendalikan kes-kes bayi, ibu kandung yang memerlukan sokongan, serta ibu bapa angkat. Alia merasakan beliau telah menemui panggilan hidupnya dalam memberi kembali kepada masyarakat dengan menyelamatkan nyawa bayi-bayi yang tidak berdosa dan kanak-kanak yang kurang bernasib baik, dengan memberi mereka peluang untuk membesar dalam sebuah keluarga yang penuh kasih sayang.