Deinstitusionalisasi atau DI merujuk kepada proses memindahkan kanak-kanak daripada institusi jagaan ke pelbagai perkhidmatan/pemeliharaan berasaskan keluarga dan komuniti. Kemiskinan sering menjadi punca utama kanak-kanak ditempatkan di institusi jagaan. Selain itu, masalah yang berkaitan dengan keluarga atau komuniti juga merupakan antara sebab-sebab lain yang menyumbang kepada keadaan ini.
Reintegrasi ialah proses teliti bagi mengembalikan kanak-kanak dari institusi ke dalam jagaan keluarga kandung atau keluarga terdekat. Jika kanak-kanak berkenaan tidak dapat disatukan semula dengan keluarga asal, proses pengambilan anak angkat boleh dijalankan. Program reintegrasi OrphanCare mengutamakan kesejahteraan dan keselamatan kanak-kanak dalam setiap langkah.
Institusi atau rumah anak yatim akan merujuk kanak-kanak (‘klien’) kepada pekerja sosial OrphanCare untuk tujuan reintegrasi.
Pekerja sosial akan melawat institusi tersebut dan menjalinkan hubungan dengan klien bagi menilai kesediaannya.
Pekerja sosial akan mengatur temujanji untuk bertemu dengan keluarga terdekat klien bagi mendapatkan maklumat tambahan.
Setelah klien bersetuju untuk direintegrasikan, Pekerja Sosial akan mengenal pasti keperluan semua pihak dan membangunkan ‘Pelan Penjagaan’ bersama klien.
Klien mungkin akan dirujuk untuk kaunseling selepas sesi perbincangan kes bersama kaunselor dan pihak pengurusan OrphanCare.
Pekerja sosial mengenal pasti keperluan klien dan keluarganya. Bantuan kewangan, barangan keperluan, pakaian sekolah, penempatan kerja, isu perumahan, sokongan pendidikan, dan lain-lain - serta mencari cara untuk memenuhi keperluan tersebut.
OrphanCare akan mendapatkan bantuan dari pelbagai sumber termasuklah syarikat korporat, organisasi kebajikan, NGO, dan lain-lain. Keutamaan adalah memastikan keluarga yang menerima kanak-kanak dapat terus berdikari dan stabil.
Klien kembali tinggal bersama keluarganya.
Pekerja sosial OrphanCare akan menjalankan pemantauan berterusan dan menyediakan Pelan Penjagaan Pasca Reintegrasi secara berkala.
Setelah tempoh pemantauan berakhir, pekerja sosial bersama kaunselor dan pihak pengurusan OrphanCare akan menilai keadaan klien. Jika penilaian menunjukkan perkembangan positif, laporan akhir akan disediakan dan kes akan ditutup.
Sumbangan anda mampu menyatukan semula keluarga dan memberi harapan baharu kepada kanak-kanak yang telah lama hidup dalam institusi.
Laman web Bahasa Malaysia OrphanCare sedang dalam proses dikemas kini.