Kehidupan di mana setiap kanak-kanak memilki keluarga yang penyayang.
Kami berusaha meringankan penderitaan dan berusaha beri kehidupan yang lebih baik kepada kanak-kanak melalui kasih sayang sebuah keluarga.
Yayasan OrphanCare adalah sebuah organisasi bukan berasaskan keuntungan yang berusaha memberikan kanak-kanak di rumah anak yatim dan bayi baru lahir yang tidak dirancang serta berisiko, satu peluang untuk membesar dalam jagaan keluarga yang penyayang sesuai dengan slogan kami: Setiap Kanak-kanak Memerlukan Keluarga.
Kami ingin mengeluarkan kanak-kanak ini dari institusi rumah anak yatim untuk dijaga sepenuhnya oleh keluarga mereka. Visi ini memacu aktiviti OrphanCare. Kami percaya setiap kanak-kanak mempunyai hak untuk disayangi, hak keselamatan dan perlindungan serta hak kesihatan dan pendidikan seperti yang termaktub dalam Akta Kanak-Kanak Malaysia (Pindaan) 2016 dan Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCRC). Kesan negatif dari pembesaran diinstitusi rumah anak yatim mendorong semangat kami untuk meneruskan misi ini.
Allahyarham Dato’ Adnan Mohd Tahir menubuhkan OrphanCare pada tahun 2008 dan menjadi presiden pertama yayasan ini.
Dato’ Adnan dan isterinya, Datin Elya, pernah menghantar pesanan kepada rakan-rakan mereka bagi meninjau minat untuk mengambil anak angkat daripada kalangan anak yatim di Aceh susulan tragedi tsunami 2004 Sambutan yang amat menggalakkan telah meyakinkan pasangan ini bahawa terdapat banyak keluarga di Malaysia yang bersedia membuka hati dan rumah untuk kanak-kanak yang memerlukan.Respons yang menggalakkan meyakinkan pasangan ini bahawa terdapat keluarga yang baik di Malaysia untuk anak-anak yang memerlukan. Apabila timbul kisah-kisah menyayat hati mengenai bayi yang ditinggalkan di tempat yang tidak sepatutnya seperti tapak pelupusan sampah, kawasan semak dan tandas awam, Dato’ Adnan melihat keperluan untuk menangani isu ini secara lebih sistematik. Beliau bersama sekumpulan rakan kemudiannya menubuhkan OrphanCare.
Baby Hatch pertama di Malaysia telah dibuka di Petaling Jaya pada Mei 2010 untuk membantu wanita yang menghadapi kehamilan tanpa dirancang.
Selepas pemergian Dato’ Adnan pada tahun 2011, OrphanCare terus berkembang menjadi sebuah Yayasan yang memperjuangkan deinstitusikan (DI) – iaitu usaha untuk mengembalikan kanak-kanak yang dibesarkan di institusi ke dalam penjagaan ibu bapa, keluarga besar atau komuniti secara lebih meluas.
Menyebarkan kesedaran kepada masyarakat tentang kesan negatif terhadap kanak-kanak yang membesar di institusi rumah anak yatim
Tamatkan penginstitusian kanak-kanak di rumah anak yatim
Mentransformasikan penjagaan kanak-kanak di Malaysia untuk menjadi satu sistem yang boleh memupuk dan memberi kasih sayang kepada kanak-kanak dan keluarga mereka.
Membantu kerajaan dan pihak yang terlibat untuk mengukuhkan perkhidmatan berasaskan keluarga dan kesedaran kepada masyarakat.
Mengubah pandangan masyarakat terhadap anak yatim dan kehamilan yang tidak dirancang
Mengurangkan dan menamatkan isu pengabaian bayi
Laman web Bahasa Malaysia OrphanCare sedang dalam proses dikemas kini.