Kami membantu pasangan di Malaysia menjalani proses pengangkatan dengan yakin dan teratur. Di OrphanCare, kami akan membimbing anda dari langkah pertama hingga akhir sepanjang proses ini. Terdapat tiga jenis pengangkatan yang ditawarkan, dan kami sedia membantu memadankan anda dengan anak yang paling sesuai. Mari mulakan perjalanan pengangkatan yang penuh makna bersama kami.
Aktiviti advokasi dan peningkatan kesedaran merupakan antara tumpuan utama OrphanCare. Kami memperjuangkan dasar dan amalan yang lebih baik demi kesejahteraan kanak-kanak. Kami menganjurkan sesi Kesedaran Kesihatan Seksual dan Reproduktif untuk remaja golongan muda, webinar berkaitan Deinstitusi (DI), serta Latihan Keibubapaan sebagai sebahagian daripada program pengangkatan kami.
OrphanCare menyediakan perkhidmatan kaunseling kepada individu terpilih, iaitu kanak-kanak dan keluarga mereka yang sedang melalui proses penyatuan semula, serta gadis remaja dan wanita yang berdepan kehamilan tidak dirancang. Kaunseling dapat membantu individu menghadapi situasi penuh tekanan dengan lebih tenang. Berkongsi kebimbangan dapat mengurangkan keresahan dan perasaan yang sukar dikendalikan. Sekiranya anda tergolong dalam kumpulan yang layak menerima kaunseling, kami sedia membantu anda.
Reintegrasi ialah proses yang teliti untuk mengembalikan kanak-kanak dari institusi ke dalam jagaan keluarga mereka. Sekiranya penyatuan semula dengan ibu bapa kandung atau keluarga terdekat tidak dapat dilakukan, pengangkatan akan menjadi pilihan seterusnya. Keutamaan utama dalam program reintegrasi OrphanCare adalah sentiasa memastikan keselamatan dan kesejahteraan kanak-kanak.
Kami mengalu-alukan pasangan, wanita atau sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan akibat kehamilan tidak dirancang untuk menghubungi kami atau meletakkan bayi mereka di Baby Hatch kami yang beroperasi 24 jam. Kami juga amat menggalakkan anda untuk serahan terus bayi anda kepada pegawai kami–tanpa sebarang penghakiman/ prejudis terhadap anda. Kami di sini untuk membantu anda.
Kami di sini untuk membantu anda.
Hubungi kami jika anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut mengenai Baby Hatch atau proses pengambilan anak angkat.
Free, Highly confidential, Non-judgemental, Accepts women and girls from all backgrounds
We are here to support you
Laman web Bahasa Malaysia OrphanCare sedang dalam proses dikemas kini.