Libatkan Diri

Bersama, Kita Boleh Membawa Perubahan.

Jika anda percaya bahawa setiap kanak-kanak berhak menikmati zaman kanak-kanak yang bahagia, marilah sertai perjuangan kami.

Terdapat pelbagai cara untuk anda melibatkan diri dalam kempen OrphanCare demi mengubah nasib kanak-kanak yang memerlukan di Malaysia.

Peluang Kerjaya

Ingin menyumbang secara profesional? Kami sentiasa mencari individu berbakat untuk menyertai pasukan kami yang berdedikasi.

Sorry, no content found.

Bersama Kami, Anda Boleh Memberi Makna

Jadi Sukarelawan Kami

\Kami percaya bahawa semangat kesukarelawanan adalah nadi kepada segala usaha kami.

Sertailah kami sebagai sukarelawan dan salurkan masa serta tenaga anda untuk membantu mereka yang memerlukan.
Setiap sumbangan, sekecil mana pun, memberi kesan yang besar dan sememangnya, lebih ramai lebih bermakna!

Mari bekerjasama!

OrphanCare bekerjasama dengan kementerian kerajaan, syarikat serta masyarakat untuk menamatkan amalan kanak-kanak dibesarkan di institusi dan menamatkan trend bayi yang ditinggalkan yang amat membimbangkan. Misi berterusan kami memerlukan pendekatan dari pelbagai aspek serta sumbangan daripada pelbagai sumber.

Kami menjemput pihak yang berminat, bersedia dan berkebolehan untuk bekerjasama dengan kami untuk memudahkan misi kami.

Setiap sumbangan akan membantu

Dengan bantuan anda, kami boleh mengelakkan bayi daripada ditinggalkan dan membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik mempunyai kehidupan yang lebih baik.

Kami memastikan bahawa setiap sumbangan akan memberi impak yang baik. Tiada jumlah yang terlalu kecil.

Laman web Bahasa Malaysia OrphanCare sedang dalam proses dikemas kini.