Kaunseling

Kami komited untuk membantu

OrphanCare menawarkan perkhidmatan kaunseling kepada golongan ini

Kanak-kanak yang sedang dalam proses reintegrasi

Kanak-kanak dari institusi yang sedang dalam proses untuk disatukan kembali ke pangkuan keluarga

Ibu bapa yang sedang dalam proses reintegrasi

Ibu bapa dan ahli keluarga yang terlibat dalam proses reintegrasi

Wanita hamil

Gadis muda dan wanita yang sedang menghadapi kehamilan yang tidak dirancang

Ibu bapa kandung

Individu yang membuat keputusan untuk menyerahkan anak mereka untuk dijadikan anak angkat

Ibu bapa angkat

Mereka yang sedang menyesuaikan diri dengan proses integrasi anak angkat ke dalam keluarga mereka.

Penjaga sementara

Individu yang memerlukan nasihat dan sokongan keibubapaan

Kaunseling melibatkan

Kaunseling TIDAK melibatkan

Hubungi Talian Sokongan 24 Jam kami


Talian sokongan  kami   hanya untuk KES KECEMASAN SAHAJA

yang melibatkan keperluan perlindungan semasa hamil dan keperluan bersalin.
Jika anda atau kenalan memerlukan bantuan segera dalam situasi sebegini, sila hubungi kami.

(Perkhidmatan kami adalah percuma, menjaga kerahsiaan, tiada sebarang andaian, dan merangkumi wanita serta gadis dari semua latar belakang)

Melalui kaunseling, individu berupaya untuk

Berkongsi kisah mereka

Meluahkan dan mengakui pengalaman sukar atau negatif yang pernah dilalui

Memahami dan menerima

Belajar untuk hidup dengan perasaan kuat yang timbul daripada situasi sukar

Membuat keputusan

Membuat pilihan yang bertanggungjawab apabila berdepan dengan situasi yang mencabar

Jaminan diri

Mengakui dan mengatasi pengalaman sukar atau negatif

Mengatasi pemikiran negatif

Berhadapan dan menguruskan perasaan takut serta kebimbangan

Meningkatkan harga diri

Membina sikap positif dalam menghadapi setiap cabaran

Berkeyakinan

Menyelesaikan masalah dengan lebih yakin

Hidup lebih bahagia

Melangkah ke hadapan dengan kehidupan yang lebih bahagia

Kaunselor di OrphanCare adalah profesional dan berkelayakan yang berdaftar dengan Lembaga Kaunselor Malaysia. Mereka terikat dengan piawaian dan kod etika yang ditetapkan.

Semua sesi kaunseling dijalankan dengan kerahsiaan yang ketat. Maklumat hanya akan didedahkan kepada pihak luar dengan persetujuan daripada individu terbabit. Walaubagaimanapun, sekiranya maklumat tersebut melibatkan keselamatan dan/atau kesejahteraan individu, kaunselor mempunyai kewajipan untuk menyampaikan maklumat tersebut kepada pihak berkuasa yang berkaitan.

24 Hour Support Helpline

Free, Highly confidential, Non-judgemental, Accepts women and girls from all backgrounds

We are here to support you

Laman web Bahasa Malaysia OrphanCare sedang dalam proses dikemas kini.