Statistik kes pembuangan bayi di Malaysia – Sumber: Grafik TheStar
Sehingga tahun 2021, kes pembuangan bayi masih berleluasa dalam masyarakat Asia Tenggara, dengan Malaysia mencatatkan kadar tertinggi. Rekod pihak polis mendapati pada puratanya, 100 bayi dibuang setiap tahun di Malaysia.
Kebanyakan bayi yang dibuang ditemui di dalam tong sampah, manakala 70% daripada mereka dijumpai dalam keadaan tidak bernyawa selepas dimasukkan ke dalam mangkuk tandas, dibuang ke dalam saluran longkang, atau dibakar sehingga sukar dikenali.
Secara purata, hanya 30% bayi yang bernasib baik dapat diselamatkan dan berpeluang untuk terus hidup. Pembuangan bayi adalah satu jenayah, tetapi meletakkan bayi di dalam peti perlindungan bayi bukanlah satu kesalahan. Ia merupakan langkah yang boleh membantu menyelamatkan nyawa dan memberikan bayi peluang untuk hidup.
OrphanCare adalah sebuah Badan Bukan Kerajaan yang komited membantu wanita yang menghadapi kehamilan tidak dirancang, dengan tujuan mengurangkan kes pembuangan bayi melalui inisiatif Baby Hatch.
Apakah Itu Baby Hatch?
Baby Hatch ialah tempat perlindungan selamat untuk bayi atau bayi yang baru dilahirkan, di mana ibu atau ibu bapa berkenaan boleh meletakkan bayi mereka dengan yakin bahawa bayi tersebut akan dijaga dengan baik. Ibu atau ibu bapa berkenaan telah membuat keputusan bahawa mereka tidak berupaya untuk membesarkan bayi tersebut.
Terdapat juga pandangan yang mengatakan bahawa penambahan peti perlindungan bayi mungkin akan mendorong peningkatan aktiviti seksual dalam kalangan remaja, namun ini adalah salah fahaman.
Apabila golongan muda kekurangan pendidikan kesihatan seksual dan reproduktif, kehamilan dan peti perlindungan bayi bukanlah perkara yang mereka fikirkan terlebih dahulu. Peti perlindungan bayi hanya akan menjadi pilihan terakhir selepas mereka mengetahui bahawa mereka hamil.
Oleh itu, peti perlindungan bayi amat diperlukan kerana ia menyediakan tempat selamat untuk ibu atau ibu bapa meninggalkan bayi mereka dengan yakin bahawa bayi tersebut akan menerima kasih sayang dan penjagaan daripada keluarga angkat. Ia juga dapat mengelakkan bayi yang lahir secara tidak dirancang daripada dibuang atau ditinggalkan di tempat yang tidak selamat.
Bagaimana Baby Hatch Berfungsi?
Langkah 1: Buka pintu Baby Hatch
Langkah 2: Letakkan bayi dengan lemah lembut ke atas tempat tidur bayi.
Langkah 3: Isikan dan tandatangani borang persetujuan untuk menyerahkan bayi untuk pengangkatan.
Langkah 4: Letakkan borang yang telah ditandatangani dan/atau sijil kelahiran/rekod perubatan bayi ke dalam kotak yang disediakan
Langkah 5: Tutup pintu peti tersebut
Jangan risau. Peti ini dilengkapi dengan CCTV 24 jam yang tidak akan mendedahkan identiti ibu, tetapi berfungsi untuk memberitahu penjaga bahawa ada bayi yang telah ditinggalkan. Sebaik sahaja bayi diletakkan di dalam peti dan pintu ditutup, pintu akan dikunci dari luar bagi memastikan keselamatan bayi daripada penceroboh atau haiwan. Beberapa minit akan diberikan kepada ibu secara privasi sebelum bayi dibawa oleh penjaga untuk diberikan penjagaan sewajarnya. Sekiranya ibu berubah fikiran, terdapat interkom di sebelah peti yang membolehkan ibu berkomunikasi dengan penjaga atau petugas bertanggungjawab bagi membuat pengaturan yang diperlukan.
Lokasi Baby Hatch & Talian Sokongan
Adakah anda sedang hamil dan menghadapi krisis? Ketahuilah bahawa anda boleh menghubungi Talian Sokongan 24 jam OrphanCare untuk mendapatkan bantuan.
- Petaling Jaya – 010 283 0528
- Johor Bahru – 019 726 2368
- Sungai Petani – 04 442 3900
Anda juga mempunyai pilihan untuk memastikan keselamatan bayi anda dan diberikan penjagaan yang sewajarnya dengan meletakkan bayi anda di Baby Hatch yang dibuka 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Babay Hatch boleh didapati di tiga alamat OrphanCare serta beberapa Hospital Pakar KPJ mulai April 2021.
- Selangor Baby Hatch
- No. 54, Jalan 5/60, Bukit Gasing, 46000 Petaling Jaya, Selangor
- Johor Baby Hatch
- 56, Jalan Jerau 1, Taman Pelangi, 80400 Johor Bahru, Johor Darul Ta’zim
- Kedah Baby Hatch
- 4400 Lorong Serampang 2/1 Taman Ria Jaya, Sungai Petani 08000 Kedah Darul Aman
- Hospital Pakar KPJ Damansara
- 119, Jalan SS20/10, Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya
- Hospital Pakar KPJ Johor
- 39-B, Jalan Abdul Samad, 80100, Johor
- Hospital Pakar KPJ Ipoh
- 26, Jalan Raja Di Hilir, 30350, Ipoh
- Hospital Pakar KPJ Tawakkal
- No.1, Jalan Pahang Barat, 53000 Kuala Lumpur
- Hospital Pakar KPJ Seremban
- Lot 6219 & 6200, Jalan Toman 1, Dataran Kemayan, 70200, Seremban, Negeri Sembilan
- Hospital Pakar KPJ Perdana
- Pt 37, 600 Jalan Bayam, 15200, Kota Bharu, Kelantan
Ingat, pembuangan bayi adalah satu jenayah. Namun, meletakkan bayi anda di Baby Hatch BUKAN satu jenayah. Anda bukan sahaja menyelamatkan nyawa, malah memberi peluang kepada bayi tersebut untuk membesar dalam suasana penuh kasih sayang dan penjagaan yang sewajarnya.