Setiap Kanak-Kanak Memerlukan Keluarga
Yayasan OrphanCare memperjuang dan berusaha memberikan peluang kepada kanak-kanak yang berada di institusi serta bayi yang dilahirkan tanpa dirancang untuk membesar dalam suasana penuh kasih sayang sebuah keluarga.
Ketahui Bagaimana OrphanCare membuat perubahan
Nilai Teras Kami
Berpegang pada rasa belas kasihan dan hormat, kami menggabungkan kreativiti, inovasi, integriti dan komitmen untuk membina dunia yang lebih baik dan penyayang buat semua kanak-kanak.
Perkhidmatan Kami
Mereka layak mendapat yang lebih baik. OrphanCare percaya kanak-kanak harus membesar dalam persekitaran keluarga.
Kami menyeru pasangan, wanita atau sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan akibat kehamilan tidak dirancang untuk menghubungi kami atau meletakkan bayi mereka di Baby Hatch kami yang beroperasi 24 jam. Kami juga amat menggalakkan anda untuk menyerahkan bayi anda kepada pegawai kami–tanpa sebarang penghakiman/ prejudis terhadap anda. Kami di sini untuk membantu anda. Kami di sini untuk membantu anda.
Kami membantu pasangan di Malaysia menjalani proses pengangkatan dengan cara yang sah dan teratur. Di OrphanCare, kami akan membantu anda dari langkah pertama hingga akhir sepanjang proses ini. Terdapat tiga jenis pengangkatan yang ditawarkan, dan kami sedia membantu memadankan anda dengan anak yang paling sesuai. Mulakan perjalanan pengangkatan yang penuh makna bersama kami.
Aktiviti advokasi dan peningkatan kesedaran merupakan antara tumpuan utama OrphanCare. Kami memperjuangkan dasar dan amalan yang baik demi kesejahteraan kanak-kanak. Kami menganjurkan sesi Kesedaran Kesihatan Seksual dan Reproduktif untuk remaja golongan muda, webinar berkaitan Deinstitusi (DI), serta Latihan Keibubapaan sebagai sebahagian daripada program pengangkatan kami.
OrphanCare menyediakan perkhidmatan kaunseling kepada individu terpilih, seperti kanak-kanak dan keluarga mereka yang sedang melalui proses penyatuan semula, serta gadis remaja dan wanita yang berdepan kehamilan tidak dirancang. Kaunseling dapat membantu individu menghadapi situasi penuh tekanan dengan lebih tenang. Berkongsi kebimbangan dapat mengurangkan keresahan dan perasaan yang sukar dikendalikan. Jika anda termasuk dalam kategori yang memerlukan kaunseling dan memerlukan bantuan, kami mungkin dapat membantu anda.