Mengharungi Cabaran: Komitmen OrphanCare Memastikan Bayi-Bayi Berkeperluan Khas yang diselamatkan mendapat peluang untuk dibuat pengangkatan.
Share:
OrphanCare aktif membantu ibu bapa angkat untuk mengambil anak-anak berkeperluan khas yang tinggal di rumah kebajikan melalui proses bimbingan dan pemadanan yang teliti. Kami faham cabaran unik yang dihadapi oleh anak-anak ini dan memastikan mereka mendapat penjagaan serta kasih sayang yang sewajarnya.
Leistimewaan Pengangkatan Anak Berkeperluan Khas
Melalui sesi temuduga dan latihan yang komprehensif, kami berkongsi secara terbuka tentang kesukaran yang mungkin dialami oleh anak berkeperluan khas jika terus berada dalam jagaan institusi. Bertujuan untuk memberi gambaran jelas tentang betapa besar peranan keluarga yang penyayang dalam mengubah hidup mereka.
Kami sentiasa memberikan sokongan dan bimbingan kepada ibu bapa angkat yang mahu membesarkan anak-anak berkeperluan khas dengan penuh kasih sayang di rumah.
Dua Kisah Harapan
Berkenalan dengan Baby Sulaiman, lambang dedikasi kami yang tidak pernah luntur. Diserahkan kepada OrphanCare tanpa sebarang dokumen pengenalan diri, Baby Sulaiman dilahirkan dengan sindrom down dan masalah jantung. Dengan usaha yang tidak mengenal penat lelah, kami akhirnya menemui sebuah keluarga yang sanggup menerima dan memahami keperluannya yang istimewa.
Hasil gabungan takdir dan usaha yang berterusan, Baby Sulaiman akhirnya ditempatkan dalam sebuah keluarga penyayang yang menerimanya sebagai anak, secara rasmi pada tarikh yang ditetapkan oleh mahkamah sebagai hari beliau disahkan sebagai anak angkat.
Kisah Aiman pula menzahirkan komitmen kami yang tidak berbelah bahagi. Aiman diambil sebagai anak angkat daripada OrphanCare ketika sihat dan ceria. Namun, tidak lama selepas itu, Aiman jatuh sakit dan mengalami lumpuh sehingga terpaksa terlantar di katil.
Walau diuji, keluarga angkatnya tetap tabah dan menyayanginya seperti anak kandung sendiri. Dengan penuh empati, OrphanCare menggerakkan hati 76 individu penyumbang yang budiman, melebihi sasaran RM10,000 untuk menyediakan kerusi roda dan kerusi mandi khas buat Aiman.
Perjalanan hidup Aiman mempamirkan bahawa tanggungjawab bersama dan sokongan padu masyarakat telah menjadi cahaya harapan buat dirinya. Momen ini memperkukuhkan lagi komitmen kami untuk terus berkhidmat dengan penuh kasih dan dedikasi kepada mereka yang memerlukan.
Belas Kasihan Anda, Nadi Misi Kami
Misi kami bukan terhad kepada usaha OrphanCare semata-mata; ia turut merangkumi sokongan daripada masyarakat secara keseluruhan. Dengan berkongsi kisah-kisah tentang ketabahan, kejayaan dan kuasa kasih sayang, para pembaca memainkan peranan penting dalam meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan pengambilan anak berkeperluan khas. Melalui media sosial, blog, perbualan dan pelbagai saluran lain, suara anda mampu memperkukuh impak usaha yang dijalankan oleh OrphanCare.
Sumbangan kewangan anda, terutamanya sumbangan berkala, menyumbang terus kepada penyediaan bahan pendidikan, rawatan perubatan, terapi dan sokongan lain untuk anak-anak yang memerlukan.
Geran ini akan menyokong Ceramah Kesihatan Reproduktif dan usaha penyahinstitusian, memperkasakan kanak-kanak dan memperkukuh penyelesaian penjagaan berasaskan keluarga di seluruh Malaysia. Petaling Jaya, Selangor — Yayasan OrphanCare dengan bangganya mengumumkan bahawa ia telah menerima geran...
Kesedaran, Kesedaran Seksual, Optional, Pendidikan
Program Latihan Jurulatih (ToT) memperkasakan kakitangan dan sukarelawan OrphanCare untuk menjadi penceramah bertauliah mengenai kesihatan reproduktif untuk kanak-kanak dan belia. Petaling Jaya, Selangor — Yayasan OrphanCare, dengan kerjasama Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN),...
Optional, Pengambilan Anak Angkat, Pengambilan Anak Angkat
OrphanCare menganjurkan sesi perkongsian untuk menyokong ibu bapa angkat tentang realiti pengambilan anak angkat. Petaling Jaya, Selangor — Pada bulan Februari, sebagai sebahagian daripada komitmen untuk memberi kesedaran tentang pengambilan anak angkat, Yayasan OrphanCare baru-baru...
Baby Hatch, KPJ Kuantan, Optional, Tidak Dikategorikan
Baby Hatch ini menyediakan alternatif yang selamat untuk bayi baru lahir yang tidak diingini, sekali gus mencegah pengabaian. Kuantan, Pahang — Pada bulan Februari, Yayasan OrphanCare, dengan kerjasama Hospital Pakar KPJ Kuantan, telah melancarkan secara...
Tajuk utama The Star (12 September 2024 ) berbunyi “diselamatkan dari rumah keganasan” mendakwa lebih 400 kanak-kanak telah didera di rumah kebajikan. Ia membimbangkan dan mengesahkan apa yang telah diketengahkan oleh OrphanCare Foundation selama bertahun-tahun....