Memperkenalkan Kumpulan Sokongan Pengangkatan Kanak-kanak Lebih Besar: Memperkasa Ibu Bapa Angkat dalam Proses Kehidupan Mereka

Share:
Memperkenalkan Kumpulan Sokongan Pengangkatan Kanak-kanak Lebih Besar: Memperkasa Ibu Bapa Angkat dalam Proses Kehidupan Mereka

Dalam usaha memperkukuh misi deinstitusionalisasi, OrphanCare telah melangkah setapak lagi ke hadapan dengan memperkenalkan Sokongan Pengangkatan Kanak-kanak Lebih Besar, satu inisiatif berimpak tinggi yang menyasarkan ibu bapa angkat kepada anak-anak yang datang daripada latar belakang institusi.

Kami sedar bahawa pengangkatan anak lebih besar bukanlah perjalanan yang mudah. Mereka membawa bersama sejarah kehidupan yang penuh luka; kehilangan, pengabaian, dan trauma. Namun di sebalik cabaran itu, ada potensi luar biasa untuk pertumbuhan, dan kasih sayang yang tidak ternilai. Justeru, sokongan khusus diperlukan untuk membantu ibu bapa membimbing anak-anak ini ke arah masa depan yang lebih cerah.

4 Kesan Utama Kumpulan Sokongan Pengangkatan Kanak-kanak yang Lebih Besar 🌱

Kumpulan ini menyediakan ruang selamat untuk ibu bapa berkongsi secara terbuka – tanpa penghakiman. Ia adalah tempat untuk berkongsi pendapat, mendapatkan semangat, dan mengetahui bahawa anda tidak bersendirian dalam perjalanan ini.

  1. Kepentingan Sokongan 🌻

Anak-anak yang membesar di institusi selalunya berhadapan dengan kesan trauma yang kompleks. Melalui kumpulan ini, ibu bapa menerima bimbingan langsung daripada kaunselor bertauliah yang memahami dinamik emosi dan tingkah laku anak-anak ini secara mendalam.

  1. Kaunseling dan Bimbingan 🌻

Setiap sesi membekalkan alat, strategi dan pendekatan praktikal dalam aspek keibubapaan – daripada cara menangani tantrum kepada membina kepercayaan yang tulus.

  1. Mewujudkan Komuniti 🌻

Membina Komuniti Harapan
Sokongan rakan sebaya adalah antara kekuatan utama kumpulan ini. Apabila ibu bapa saling menyokong, berkongsi pengalaman dan memberi inspirasi, satu komuniti yang kukuh terbentuk dimana ia adalah komuniti yang memperjuangkan perubahan positif dalam kehidupan anak-anak.

  1. Detik Bermakna di Sesi Pertama🌻

Mesyuarat pertama telah menyaksikan kehadiran empat pasangan ibu bapa, dengan dua keluarga membawa anak angkat mereka bersama. Suasana dipenuhi perbualan yang telus, kisah menyentuh hati dan harapan baru yang diimpikan. Ia membuktikan satu perkara dengan sokongan yang betul, setiap keluarga mampu bangkit dan membina kehidupan yang penuh makna.

Memperkasa Keluarga Angkat: Jadilah Ejen Perubahan Hari Ini 🌱

Di OrphanCare, kami percaya bahawa sokongan berterusan kepada ibu bapa angkat adalah kunci kejayaan integrasi dan kesejahteraan anak-anak angkat. Kumpulan Sokongan ini menjadi bukti komitmen kami untuk memperkasa keluarga angkat. Dengan menyediakan platform untuk berhubung, mendapat bimbingan dan saling memahami, kami berusaha mencipta persekitaran yang menyokong, agar ibu bapa berasa lebih bersedia dan yakin untuk memberikan penjagaan terbaik kepada anak-anak mereka.

anak mereka.
Sekiranya anda ibu bapa angkat, atau sedang mempertimbangkan untuk mengangkat anak lebih besar, kami mengalu-alukan anda untuk menyertai kumpulan ini. Bersama, kita tidak hanya membentuk keluarga tetapi kita juga membentuk harapan, peluang kedua, dan masa depan yang lebih baik.

More Stories

Disokong oleh, Geran OrphanCare, Kesedaran, Optional, Organisasi, Penyokong OrphanCare

OrphanCare Menerima Geran daripada Yayasan Sime Darby (YSD) di bawah Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) di bawah inisiatif Belanjawan MADANI 2025

Geran ini akan menyokong Ceramah Kesihatan Reproduktif dan usaha penyahinstitusian, memperkasakan kanak-kanak dan memperkukuh penyelesaian penjagaan berasaskan keluarga di seluruh Malaysia. Petaling Jaya, Selangor β€” Yayasan OrphanCare dengan bangganya mengumumkan bahawa ia telah menerima geran...

    Laman web Bahasa Malaysia OrphanCare sedang dalam proses dikemas kini.