Memperkasa Ibu Bapa: Kenali Program Latihan Ibu Bapa Angkat oleh OrphanCare⭐️
Share:
🌿 Di OrphanCare, kami percaya bahawa setiap ibu bapa angkat perlu dibekalkan dengan pengetahuan dan sokongan yang mencukupi bagi memastikan perjalanan pengambilan anak angkat berjalan lancar dan bermakna.
Program Latihan Ibu Bapa Angkat kami menawarkan pendidikan menyeluruh serta bimbingan praktikal, yang bertujuan untuk memperkasa individu dan pasangan dalam menyediakan persekitaran penuh kasih sayang buat anak angkat mereka. Dalam artikel ini, kami akan menelusuri objektif, manfaat, dan topik-topik utama yang terkandung dalam program latihan ini serta kesannya terhadap kesejahteraan anak-anak angkat.
Matlamat & Visi Program Latihan Ibu Bapa Angkat ⭐️
🌿 Persediaan awal ibu bapa angkat amat penting kerana proses pengambilan anak dan fasa keibubapaan boleh membawa cabaran tersendiri, seperti isu keterikatan (attachment ). Masalah ini sering berpunca daripada pengalaman lampau seperti trauma atau pengabaian. Melalui program ini, ibu bapa angkat dibekalkan ilmu dan strategi untuk memahami serta menangani cabaran ini dengan empati dan kesediaan.
🌿Memahami sebab di sebalik cabaran ini serta mempelajari cara untuk membina ikatan yang kuat amat penting dalam hubungan ibu bapa dan anak. Antara cabaran yang mungkin dihadapi oleh ibu bapa angkat termasuk:
Tingkah laku akibat trauma: Anak mungkin mengalami keresahan, menjadi agresif atau menyendiri. Latihan membantu ibu bapa memahami dan menyokong anak mereka.
Penerokaan identiti: Anak angkat mungkin ingin tahu tentang asal-usul dan keluarga kandung. Ibu bapa angkat perlu dibimbing untuk menjawab dengan penuh empati dan berhati-hati.
Membuka Potensi Melalui Latihan Keibubapaan ⭐️
🌿 Program Latihan Ibu Bapa Angkat oleh OrphanCare merupakan program yang menyeluruh dan penuh informasi. Ia merangkumi pelbagai topik penting yang perlu diketahui oleh bakal ibu bapa angkat, termasuk jenis-jenis pengangkatan, proses pengangkatan di bawah OrphanCare, serta aspek emosi dan psikologi yang terlibat dalam perjalanan pengangkatan. Program ini turut mengetengahkan kisah dan pengalaman sebenar daripada ibu bapa angkat yang telah melalui latihan ini, menjadikannya sumber rujukan yang berguna bagi mereka yang mencari panduan dan sokongan.
Berikut ialah beberapa contoh utama faedah program ini
🌿Ini hanyalah sebahagian daripada topik yang dibincangkan dalam Program Latihan Ibu Bapa Angkat OrphanCare. Program ini terbukti sebagai satu sumber rujukan yang komprehensif, menyediakan asas kukuh kepada ibu bapa angkat dalam memahami dan mengharungi proses pengangkatan secara lebih teratur, berkesan dan penuh tanggungjawab.
Sertai Perjalanan Kami⭐️
🌿Program Latihan Ibu Bapa Angkat OrphanCare merupakan asas penting dalam misi kami untuk memperkasa ibu bapa dan menyediakan tempat penuh kasih sayang kepada anak-anak yang memerlukan. Melalui program ini, kami membekalkan individu dan pasangan dengan pengetahuan, kemahiran serta sokongan yang diperlukan untuk memulakan perjalanan pengangkatan yang penuh makna. Sertailah kami dalam perjalanan yang mampu mengubah hidup ini. Bersama, kita boleh membawa perubahan dalam kehidupan anak-anak yang terpinggir dan membina dunia di mana setiap anak dibesarkan dalam kasih sayang dan jagaan yang penuh perhatian.
Cipta Impak Berkekalan Bersama Kami ⭐️
🌿 Sertai kami dalam misi membina masa depan yang lebih cerah buat anak-anak yatim dan terabai. Bersama anda, kami mampu membawa perubahan yang bermakna dan meninggalkan jejak harapan yang berkekalan.
Sumbangan anda, sama ada melalui sokongan kewangan, kerja-kerja sukarelawanan, atau usaha menyebarkan kesedaran sudah tentu akan membawa perubahan yang bermakna. Bersama-sama, kita dapat memberikan peluang kepada keluarga berkenaan untuk berkembang dalam persekitaran yang penuh kasih sayang dan sokongan, serta membantu mereka mencapai potensi sebenar.
Derma sekarang dan jadilah sebahagian daripada perjalanan transformasi bersama OrphanCare.
Geran ini akan menyokong Ceramah Kesihatan Reproduktif dan usaha penyahinstitusian, memperkasakan kanak-kanak dan memperkukuh penyelesaian penjagaan berasaskan keluarga di seluruh Malaysia. Petaling Jaya, Selangor — Yayasan OrphanCare dengan bangganya mengumumkan bahawa ia telah menerima geran...
Kesedaran, Kesedaran Seksual, Optional, Pendidikan
Program Latihan Jurulatih (ToT) memperkasakan kakitangan dan sukarelawan OrphanCare untuk menjadi penceramah bertauliah mengenai kesihatan reproduktif untuk kanak-kanak dan belia. Petaling Jaya, Selangor — Yayasan OrphanCare, dengan kerjasama Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN),...
Optional, Pengambilan Anak Angkat, Pengambilan Anak Angkat
OrphanCare menganjurkan sesi perkongsian untuk menyokong ibu bapa angkat tentang realiti pengambilan anak angkat. Petaling Jaya, Selangor — Pada bulan Februari, sebagai sebahagian daripada komitmen untuk memberi kesedaran tentang pengambilan anak angkat, Yayasan OrphanCare baru-baru...
Baby Hatch, KPJ Kuantan, Optional, Tidak Dikategorikan
Baby Hatch ini menyediakan alternatif yang selamat untuk bayi baru lahir yang tidak diingini, sekali gus mencegah pengabaian. Kuantan, Pahang — Pada bulan Februari, Yayasan OrphanCare, dengan kerjasama Hospital Pakar KPJ Kuantan, telah melancarkan secara...
Tajuk utama The Star (12 September 2024 ) berbunyi “diselamatkan dari rumah keganasan” mendakwa lebih 400 kanak-kanak telah didera di rumah kebajikan. Ia membimbangkan dan mengesahkan apa yang telah diketengahkan oleh OrphanCare Foundation selama bertahun-tahun....