Masalah Institusionalisasi: Saban hari, makin bertambah

Share:

Kanak-kanak mengalami kesan fizikal dan psikologi apabila mereka dibesarkan di institusi.

Lebih kurang 90% kanak-kanak di rumah anak yatim atau institusi bukanlah anak yatim atau yatim piatu. Mereka masih mempunyai ibu/bapa atau waris yang masih hidup. Setiap kanak-kanak berhak untuk dibesarkan dalam keluarga yang penuh kasih sayang dan inilah matlamat utama yang diperjuangkan OrphanCare dengan penuh teguh.

Di seluruh dunia, kira-kira 8 juta kanak-kanak tinggal di institusi walaupun kebanyakan mereka masih mempunyai keluarga. Kemiskinan merupakan punca utama mengapa kanak-kanak ditempatkan di institusi.

Di Malaysia, dianggarkan seramai 64,000 kanak-kanak tinggal di institusi penjagaan, termasuk rumah anak yatim berdaftar dan tidak berdaftar, sama ada milik Kerajaan mahupun swasta. Adalah sukar untuk menentukan bilangan sebenar rumah jagaan yang tidak berdaftar.

Institusi-institusi ini dibiayai oleh Kerajaan serta NGO,, pertubuhan agama, syarikat korporat dan individu yang berniat baik.

Walaupun kanak-kanak ini menerima keperluan asas seperti tempat tinggal, makanan, tempat tidur, pakaian dan pendidikan, mereka tidak menerima kasih sayang, sokongan, dan jati diri yang hanya boleh dibentuk melalui kehidupan dalam sesebuah keluarga.

Kesan buruk yang disebabkan oleh penjagaan di institusi:

Kesan Terhadap Kesihatan dan Perkembangan Kanak-Kanak

Terdapat banyak bukti yang menunjukkan bahawa
Terdapat banyak bukti yang menunjukkan bahawa kanak-kanak yang dibesarkan di institusi sering mengalami kelewatan dalam perkembangan fizikal, emosi, sosial dan kognitif.

Kanak-kanak yang dijaga di institusi juga lebih cenderung mengalami masalah kesihatan, tumbesaran fizikal yang terbantut, perkembangan otak yang tidak seiring dengan usia, serta gangguan dalam kematangan dan hubungan emosi.

Akibat daripada kehidupan di institusi, kanak-kanak ini cenderung mengalami lebih banyak masalah dari segi intelek, sosial dan tingkah laku berbanding rakan sebaya mereka yang dibesarkan dalam persekitaran keluarga. Mereka turut terkesan akibat ketiadaan sistem sokongan keluarga serta sering dilabel sebagai golongan terpinggir dan ia boleh memberi kesan yang lama sepanjang hayat. Dengan sokongan yang baik, kanak-kanak yang lebih besar masih mempunyai peluang untuk menjalani kehidupan yang hampir normal.

Risiko penderaan dan pengabaian

Keganasan Lazim Berlaku di Institusi Penjagaan Kanak-Kanak Kerana:

  • Nisbah penjaga kepada kanak-kanak yang tidak seimbang sering menyebabkan pengabaian dan dalam sesetengah kes penderaan.
  • Ramai kanak-kanak berisiko didera secara fizikal dan seksual oleh kanak-kanak yang lebih besar atau oleh kakitangan institusi sendiri.
  • Wujud risiko individu pemangsa kanak-kanak mendapat akses kepada mangsa melalui peluang pekerjaan serta kelemahan dalam sistem pemantauan institusi.

Kos Kewangan/ Operasi yang Tinggi

Penjagaan institusi adalah lebih mahal berbanding sistem sokongan keluarga dan pencegahan berasaskan komuniti. Sebagai contoh, di Sudan dan Kemboja, penjagaan berasaskan keluarga hanya menelan kos 10% daripada kos penjagaan di institusi..

Kajian menunjukkan bahawa perkhidmatan berasaskan komuniti lebih berkesan dari segi kos berbanding institusi, sambil memberikan penjagaan yang lebih berkualiti kepada lebih ramai kanak-kanak (Lumos Foundation 2014)

Daripada terus membina, menyokong, dan menyediakan dana untuk langkah-langkah menempatkan kanak-kanak di institusi, kita lebih memerlukan penyelesaian untuk memastikan kanak-kanak dan keluarga kekal bersama. Inilah misi kami!

More Stories

Disokong oleh, Geran OrphanCare, Kesedaran, Optional, Organisasi, Penyokong OrphanCare

OrphanCare Menerima Geran daripada Yayasan Sime Darby (YSD) di bawah Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) di bawah inisiatif Belanjawan MADANI 2025

Geran ini akan menyokong Ceramah Kesihatan Reproduktif dan usaha penyahinstitusian, memperkasakan kanak-kanak dan memperkukuh penyelesaian penjagaan berasaskan keluarga di seluruh Malaysia. Petaling Jaya, Selangor — Yayasan OrphanCare dengan bangganya mengumumkan bahawa ia telah menerima geran...

    Laman web Bahasa Malaysia OrphanCare sedang dalam proses dikemas kini.