Search

Mengapa reintegrasi itu perlu?

Setiap kanak-kanak berhak untuk dibesarkan dalam sebuah keluarga. Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai Hak Kanak-kanak menyatakan bahawa tempat terbaik untuk perkembangan psikologi seorang kanak-kanak adalah bersama keluarga atau komuniti asal mereka. Bukti yang dikumpulkan melalui kajian selama lebih 60 tahun menunjukkan bahawa kanak-kanak dan bayi yang dibesarkan di institusi mengalami kesan psikologi yang mendalam serta pertumbuhan fizikal yang terbantut.

OrphanCare komited untuk meningkatkan kesejahteraan fizikal dan emosi kanak-kanak yang berada di institusi atau kanak- kanak yang terancam.
OrphanCare mencadangkan proses reintegrasi melalui:

  • Penyatuan semula dengan ibu bapa kandung
  • Penjagaan oleh ahli keluarga terdekat
  • Pengangkatan secara sah
  • Penjagaan sementara sehingga ibu bapa angkat dipadankan
  • Penempatan kanak-kanak berkeperluan khas dalam rumah jagaan berskala kecil

 

Kami memperjuangkan reintegrasi untuk:

  • Memberi peluang kepada kanak-kanak untuk menikmati kehidupan yang lebih baik dalam persekitaran keluarga yang selamat dan penuh kasih sayang
  • Membantu dan memperkasakan ibu bapa dalam membesarkan anak-anak mereka
  • Menggalakkan institusi jagaan tradisional untuk beralih kepada penjagaan berasaskan komuniti

Laman web Bahasa Malaysia OrphanCare sedang dalam proses dikemas kini.