- Kami menggalakkan ibu kandung / ibu bapa untuk memberi kami maklumat dan dokumentasi yang diperlukan apabila mereka meletakkan bayi mereka di Baby Hatch. Bayi ini tidak boleh didaftarkan tanpa sijil kelahiran atau bukti identiti lain dan akan, menjadi “tanpa kerakyatan”. Bayi tanpa kerakyatan tidak mempunyai hak kewarganegaraan. Dia tidak akan diterima masuk ke sekolah, tidak layak mendapat kad pengenalan, tidak akan mendapat pekerjaan atau dibenarkan berkahwin.
- Sijil kelahiran dan dokumentasi lain yang di letakkan dalam Baby Hatch akan digunakan secara sulit.