OrphanCare komited menyokong keluarga angkat, penjaga sementara serta anak-anak yang berada dalam jagaan mereka pada setiap peringkat perjalanan.
Kami faham bahawa cabaran boleh timbul pada bila-bila masa. Justeru, kami mengalu-alukan keluarga angkat untuk mendapatkan nasihat dan sokongan, walaupun selepas anak sepenuhnya menjadi sebahagian daripada keluarga.
Latihan Keibubapaan kami dikendalikan oleh tenaga profesional terlatih dan berteraskan amalan terbaik antarabangsa dalam bidang pengangkatan dan jagaan sementara.
Terdapat kursus untuk membantu anda melalui proses ini.
Siapa yang perlu mengikuti latihan ini?
- Bakal ibu bapa angkat
- Ibu bapa angkat
- Penjaga sementara (foster carers)
Apa yang ditawarkan dalam kursus ini?
- Latihan keibubapaan bagi bayi angkat
- Latihan keibubapaan bagi kanak-kanak yang lebih besar (2 tahun dan ke atas) atau anak kelainan upaya
- Latihan keibubapaan bagi anak jagaan sementara
Antara topik utama:
- Membina hubungan kasih sayang yang sihat (attachment)
- Perkembangan otak yang sihat
- Memahami luka emosi awal (“The Primal Wound”)
- Perkembangan bayi