Latihan untuk bakal ibu bapa angkat
- Semua bakal ibubapa angkat wajib mengikuti program latihan selama 1 hari. Tujuannya ialah untuk mempertingkatan kemahiran keibubapaan dan menyediakan anda mengurus harapan anda.. Antara pengisian program:
- Pengenalan kepada trauma perkembangan dan isu keterikatan (attachment)
- Membantu anda memahami dan menghargai trauma yang telah dilalui oleh anak angkat anda, rasional di sebalik pendekatan teraputik anda, dan bagaimana sikap dan tingkahlaku anda mempengaruhi perkembangan dan tumbesaran anak anda
- Membuat anda lebih bermaklumat apabila berkomunikasi dengan pakar atau pengamal yang terlibat
Sokongan semasa proses pengangkatan
- Terdapat banyak peluang untuk anda berbincang dengan petugas kes tentang harapan, kebimbangan dan aspek praktikal sepanjang proses kelulusan
- Kami akan terus menyokong anda dalam membuat keputusan, bukan sahaja sebelum tetapi juga selepas proses pengangkatan selesai
Sokongan berterusan untuk keluarga angkat
- Pegawai kani di OrphanCare akan membuat pemantauan sehingga 2 tahun selepas pengangkatan bagi menangani sebarang isu yang berkait dengan keterikatan (attachment) dan perkembangan kanak-kanak.
- Kami juga akan memperkenalkan bengkel keibubapaan berkala yang disesuaikan dengan keperluan ibu bapa angkat – ikuti perkembangan melalui laman web, buletin atau hubungi kami secara terus
Rangkaian bersama ibu bapa angkat lain
- Kami juga menyediakan ruang dan peluang untuk berhubung dan berkongsi pengalaman melalui aktiviti sosial dan sesi rangkaian khas bersama komuniti ibu bapa angkat.