Apakah maksud re-integrasi?
Reintegrasi adalah proses menyatukan semula kanak-kanak daripada institusi untuk kembali ke dalam jagaan keluarganya. Reintegrasi hanya boleh berlaku apabila kanak-kanak bersedia dan mahu untuk bersatu dengan ibu bapa kandungnya. Keperluan fizikal dan psikologi kanak-kanak hanya boleh dicapai apabila keadaan di rumah adalah stabil. Sokongan kepada keluarga harus diberi supaya mereka dapat memberi anak-anak mereka kasih sayang dan penjagaan yang mereka perlukan. Jika kanak-kanak tidak boleh disatukan semula dengan ibu bapa kandungnya atau waris, kanak-kanak itu boleh diambil sebagai anak angkat. Setiap proses reintegrasi kanak-kanak adalah berbeza.
Reintegrasi ialah proses menempatkan kanak-kanak untuk kembali kepada keluarga. Ianya boleh melibatkan: a. Reintegrasi ke dalam keluarga biologi mereka b. Reintegrasi kepada waris terdekat (persaudaraan) c. Menempatkan kanak-kanak ke dalam jagaan ibu bapa angkat d. Menempatkan kanak-kanak ke dalam sistem penjagaan keluarga sementara. e. Menempatkan kanak-kanak berkeperluan khas ke dalam rumah kumpulan kecil