Tan Sri Faizah Mohd Tahir

Tan Sri Faizah Mohd Tahir merupakan Pengerusi Yayasan OrphanCare. Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian) dari Universiti Malaya dan Ijazah Sarjana (Ekonomi Pembangunan) dari Williams College, Amerika Syarikat.

Tan Sri Faizah kini memegang jawatan Pengerusi di Small & Medium Enterprise Development Bank Malaysia Berhad dan Yayasan Sejahtera, serta Timbalan Pengerusi Yayasan Chow Kit. Beliau juga merupakan Ahli Lembaga Pengarah Goodyear Malaysia Berhad dan Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Kebajikan Negara Malaysia serta Temasek Foundation, Singapura.

Beliau memulakan kerjaya di Unit Perancangan Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri pada 1973. Beliau pernah berkhidmat sebagai Pengarah Perdagangan dan Perindustrian di EPU sebelum dinaikkan pangkat sebagai Setiausaha Agung Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pada 2001. Tan Sri Faizah bersara daripada perkhidmatan kerajaan pada 2009.

Laman web Bahasa Malaysia OrphanCare sedang dalam proses dikemas kini.