Sebagai seorang bekas guru yang berdedikasi, Nurul menemui kerjaya idamannya melalui pengalaman bermakna bekerja bersama kanak-kanak dan NGO. Interaksinya dengan kanak-kanak menjadi sumber penyembuhan dan kekuatan, di samping menyerlahkan kebolehannya untuk membina hubungan serta memberi asuhan dengan penuh kasih sayang. Kepekaan dan kasih sayangnya yang tulus terhadap bayi menjadi sebab utama kepada minat mendalam yang kini diceburinya.
Sejak berusia sembilan tahun hingga ke alam persekolahan menengah, Nurul telah terlibat membantu menguruskan prasekolah milik keluarga, satu pengalaman awal yang membentuk aspirasi dan keyakinannya untuk menerusnkan minatnya dalam kerjaya ini. Dengan hati yang penuh harapan, beliau gembira diberi peluang untuk menyalurkan kasih sayang kepada para ibu dan bayi yang akan menjadi sebahagian daripada perjalanan hidupnya sekarang ini.