Dengan pengalaman lebih lima tahun menguruskan program-program tempatan di Malaysia serta memperjuangkan isu perlindungan kanak-kanak bagi organisasi beliau yang terdahulu, beliau telah membuktikan komitmennya untuk memberi impak positif. Bersemangat membantu orang lain, beliau aktif terlibat dengan isu masyarakat melalui pelbagai projek, dengan fokus kepada golongan bandar miskin, keluarga berpendapatan rendah di wilayah Selatan dan Timur, serta komuniti Rohingya.
Dedikasi beliau adalah amat tinggi, malah beliau berani meneroka pelbagai bidang kerja, meyakini bahawa profesionnya merupakan platform terbaik untuk berhubung dengan pelbagai lapisan masyarakat dan menangani keperluan unik mereka dengan komitmen yang tidak berbelah bahagi.