Nadzirah Nawawi @ Abdullah

Nadzirah menyertai OrphanCare pada tahun 2020 dan memiliki Ijazah Sarjana Muda Kerja Sosial dari Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). Beliau kini mengendalikan proses pengangkatan, termasuk menjalankan lawatan ke kediaman bakal ibu bapa angkat sebelum dan selepas pengangkatan, serta mengurus kes kehamilan dan penjagaan bayi di OrphanCare.

Beliau percaya bahawa setiap kanak-kanak berhak untuk menjalani kehidupan yang lebih baik. Dengan semangat, pengalaman dan pengetahuan yang dimiliki, Nadzirah berharap dapat membantu lebih ramai kanak-kanak dan keluarga mencapai kehidupan yang lebih sejahtera.

Laman web Bahasa Malaysia OrphanCare sedang dalam proses dikemas kini.