Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Hajjah Kalsom D.K. telah menjadi penaung kami sejak tahun 2010. Baginda terkenal dengan komitmen yang tidak pernah jemu dalam memperjuangkan kebajikan dan kesejahteraan golongan yang kurang bernasib baik, serta menggunakan kedudukan diraja Baginda untuk menyokong pelbagai usaha sosial.
Baginda merupakan isteri kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang.