Dr. Sheik Johari Bux merupakan seorang pakar obstetrik dan ginekologi di Klinik Wanita Bux, Chinese Medical Centre. Beliau adalah alumni Royal Military College, memiliki Ijazah MBBS dari Universiti Malaya, dan memperoleh kelayakan MRCOG pada tahun 1986. Pada tahun 1998, beliau telah diterima sebagai Fellow Royal College of Obstetricians and Gynaecologists.
Dr. Sheik Johari menyertai OrphanCare pada Februari 2011 dan dilantik sebagai pemegang amanah pada tahun 2012. Beliau bertanggungjawab menyelia aspek perubatan yang penting dalam pelaksanaan kerja-kerja OrphanCare.