Bolehkah OrphanCare membawa bayi yang telah ditinggalkan dan diberikan kepada JKM kembali ke OrphanCare dan menguruskan pengambilan anak angkat?
OrphanCare tidak mempunyai locus standi(hak) untuk mengambil anak dari JKM untuk menguruskan pengambilan anak angkat. Walau bagaimanapun, JKM boleh meminta OrphanCare mengesyorkan pasangan daripada senarai kami untuk mengambil anak angkat […]
Bolehkah OrphanCare menguruskan pengangkatan bagi bayi di bawah jagaan JKM?
OrphanCare tidak mempunyai mandat untuk menguruskan proses pengangkatan secara langsung bagi bayi di bawah jagaan JKM. Namun begitu,, OrphanCare boleh mencadangkan pasangan yang bersesuaian daripada senarainya bagi tujuan pengangkatan bayi […]
Apakah prosedur untuk mengambil bayi yang di letakkan di dalam Baby Hatch?
Ibu Bapa Angkat (PAP) yang tersenarai dalam senarai menunggu boleh mengambil bayi tersebut melalui perintah mahkamah.
Apa yang berlaku kepada kanak-kanak yang tidak diambil sebagai anak angkat?
Mereka akan dibiarkan membesar di institusi itu sehingga mereka berusia 18 tahun, kemudian mereka terpaksa meninggalkan institusi itu (mengikut Akta Kanak-Kanak dan Akta Pusat Asuhan) tanpa sistem sokongan keluarga dan […]
Bolehkah OrphanCare membantu mendapatkan sijil kelahiran untuk anak angkat?
OrphanCare akan menguruskan supaya anak anda mempunyai sijil kelahiran sebelum diterima sebagai anak angkat. Nama ibu kandung akan tertera pada sijil kelahiran.
Apakah perbezaan dalam pengambilan anak angkat melalui OrphanCare dan anak angkat melalui JKM?
Tiada perbezaan dalam proses antara mengambil anak angkat daripada OrphanCare atau JKM kerana kedua-duanya dilakukan secara sah. Tetapi, kriteria kelayakan OrphanCare telah dikategorikan untuk pelbagai jenis anak angkat. Selain itu, […]
Mengapa berlaku kelewatan yang lebih lama dalam proses pengambilan anak angkat dengan JKM berbanding OrphanCare?
Pengangkatan anak melalui JKM dilakukan mengikut daerah. Contohnya, sepasang suami isteri yang menetap di Kemaman, Terengganu berdaftar di bawah JKM Daerah Kemaman. JKM Daerah Kemaman boleh menawarkan anak kepada pasangan […]
Adakah terdapat sebarang kos untuk mengambil bayi melalui bayi hatch OrphanCare?
Sebagai sebuah yayasan bukan berasaskan untung, kami bergantung kepada penderma untuk menampung kos operasi. Terdapat bayaran RM50 yang tidak akan dikembalikan untuk memohon. Selepas permohonan anda diluluskan dan seorang bayi […]
Apakah prosedur pengambilan anak angkat?
Langkah 1: Adakah pengambilan anak angkat sesuai untuk anda? Kami sentiasa memastikan kepentingan pengangkatan adalah untuk kanak-kanak dan kami ingin ibu bapa angkat yang berpotensi yakin dan bersedia sebaik mungkin […]
Bolehkah ibu bapa angkat menolak menerima bayi apabila mereka dipanggil oleh OC?
Mereka mempunyai hak untuk menolak pengambilan anak angkat dan kekal dalam senarai menunggu untuk pengambilan bayi jika mereka mempunyai alasan yang sah untuk penolakan tersebut.