Bolehkah warganegara asing yang menetap di Semenanjung Malaysia memohon untuk mengambil anak angkat di sini?
Ya, warganegara asing yang bermastautin di Semenanjung Malaysia boleh memohon untuk mengambil anak angkat di Malaysia, tertakluk kepada syarat-syarat tertentu yang ditetapkan oleh OrphanCare (OC). Syarat-syarat utama termasuklah : Pemohon […]
Bolehkah pasangan yang sudah ada anak mengambil anak angkat?
Pasangan yang ada anak dan yang berumur 45 tahun ke atas adalah digalakkan untuk mengambil anak yang lebih tua. Keutamaan untuk mengambil bayi angkat diberikan kepada pasangan yang tidak mempunyai […]
Apakah prosedur untuk mengambil bayi yang di letakkan di dalam Baby Hatch?
Ibu Bapa Angkat (PAP) yang tersenarai dalam senarai menunggu boleh mengambil bayi tersebut melalui perintah mahkamah.
Apakah prosedur pengambilan anak angkat?
Langkah 1: Adakah pengambilan anak angkat sesuai untuk anda? Kami sentiasa memastikan kepentingan pengangkatan adalah untuk kanak-kanak dan kami ingin ibu bapa angkat yang berpotensi yakin dan bersedia sebaik mungkin […]
Apa yang berlaku kepada kanak-kanak yang tidak diambil sebagai anak angkat?
Mereka akan dibiarkan membesar di institusi itu sehingga mereka berusia 18 tahun, kemudian mereka terpaksa meninggalkan institusi itu (mengikut Akta Kanak-Kanak dan Akta Pusat Asuhan) tanpa sistem sokongan keluarga dan […]
Bolehkah ibu bapa angkat menolak menerima bayi apabila mereka dipanggil oleh OC?
Mereka mempunyai hak untuk menolak pengambilan anak angkat dan kekal dalam senarai menunggu untuk pengambilan bayi jika mereka mempunyai alasan yang sah untuk penolakan tersebut.
Kami mempunyai pendapatan gabungan kurang daripada RM5000. Adakah permohonan kami masih boleh dipertimbangkan?
Kami perlu menilai komitmen bulanan anda. Iaitu: pinjaman anda, komitmen bulanan (kereta, rumah dan aset lain). Kami akan mempertimbangkan permohonan anda jika anda mempunyai komitmen kewangan yang lebih rendah.
Bolehkah OrphanCare membantu mendapatkan sijil kelahiran untuk anak angkat?
OrphanCare akan menguruskan supaya anak anda mempunyai sijil kelahiran sebelum diterima sebagai anak angkat. Nama ibu kandung akan tertera pada sijil kelahiran.
Apakah yang akan berlaku jika ibu kandung meminta anaknya kembali selepas proses pengangkatan?
Selepas pengesahan pengangkatan, anak itu secara sah adalah anak angkat kepada ibu bapa angkat dan proses pengangkatan tidak boleh diterbalikkan. Sebelum pengesahan pengangkatan, ibu mungkin boleh mendapatkan anak kembali dengan […]
Apakah perbezaan dalam pengambilan anak angkat melalui OrphanCare dan anak angkat melalui JKM?
Tiada perbezaan dalam proses antara mengambil anak angkat daripada OrphanCare atau JKM kerana kedua-duanya dilakukan secara sah. Tetapi, kriteria kelayakan OrphanCare telah dikategorikan untuk pelbagai jenis anak angkat. Selain itu, […]
Adakah terdapat kes di mana ibu meminta pemulangan anaknya selepas pengangkatan?
Terdapat pertanyaan tetapi ibu itu tidak pernah meneruskan proses. Ibu kandung sentiasa mendahulukan kepentingan dan kebaikan masa depan anaknya.
Mengapa berlaku kelewatan yang lebih lama dalam proses pengambilan anak angkat dengan JKM berbanding OrphanCare?
Pengangkatan anak melalui JKM dilakukan mengikut daerah. Contohnya, sepasang suami isteri yang menetap di Kemaman, Terengganu berdaftar di bawah JKM Daerah Kemaman. JKM Daerah Kemaman boleh menawarkan anak kepada pasangan […]