Ya, warganegara asing yang bermastautin di Semenanjung Malaysia boleh memohon untuk mengambil anak angkat di Malaysia, tertakluk kepada syarat-syarat tertentu yang ditetapkan oleh OrphanCare (OC).
Syarat-syarat utama termasuklah :
Pemohon mestilah memegang status Penduduk Tetap (PR) atau visa pasangan yang sah; dan Pemohon mestilah berkahwin dengan warganegara Malaysia.
Semua permohonan tertakluk kepada penilaian lanjut oleh OrphanCare dan pihak berkuasa yang berkaitan, dan mestilah mematuhi undang-undang serta garis panduan yang terpakai.