Search

Siapakah atau apakah Yayasan OrphanCare ?

Yayasan OrphanCare adalah sebuah Badan Bukan Kerajaan dan tidak berasaskan keuntungan yang ditubuhkan pada tahun 2008, di bawah naungan DYMM Sultanah Pahang, Sultanah Hajjah Kalsom. Penubuhannya bertujuan memberi peluang kepada kanak-kanak yang ditempatkan di institusi, serta bayi yang lahir tanpa dirancang untuk merasai kasih sayang dan jagaan dalam lingkungan sebuah keluarga, selaras dengan motto kami: “Setiap Kanak-kanak Memerlukan Keluarga”.

OrphanCare juga bukan sebuah rumah anak yatim, sebaliknya berfungsi sebagai pusat transit bagi bayi yang tidak dirancang serta kanak-kanak yang sedang menunggu proses pengangkatan. Kami bekerjasama rapat dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) bagi mempercepatkan proses pemadanan – sama ada bayi yang diserahkan oleh ibu kandung atau kanak-kanak yang berada di institusi – dengan ibu bapa angkat yang sesuai, atau dikembalikan kepada ibu bapa atau keluarga terdekat mereka.

Laman web Bahasa Malaysia OrphanCare sedang dalam proses dikemas kini.