OrphanCare percaya bahawa setiap kanak-kanak memerlukan sebuah keluarga.
Kajian telah menunjukkan bahawa kanak-kanak, terutamanya bayi yang dipisahkan daripada keluarga dan dibesarkan di institusi, mengalami kekangan dari segi perkembangan sosial, mental dan emosi. Mereka sering menghadapi masalah kurang keyakinan diri dan harga diri yang rendah.
Membesar di institusi dalam jangka masa panjang memberi kesan negatif terhadap pertumbuhan dan perkembangan diri mereka, baik dari segi fizikal mahupun psikologi.