Terdapat banyak cara individu dan organisasi boleh membantu. Anda boleh menjadi sukarelawan, menderma, mengumpul dana atau bekerjasama dengan OrphanCare. Kami memerlukan sokongan anda untuk membantu klien/keluarga
- menanggung kos yang berkaitan dengan anak (yang diintegrasi) yang bersekolah (seperti tambang bas sekolah, perbelanjaan pendidikan, kos tuisyen dan makanan sekolah),
- keperluan isi rumah (barangan runcit, dobi, perabot rumah, bil utiliti, dsb.) Anda boleh membantu keluarga menjadi lebih berdikari; membantu mereka mencari pekerjaan, memulakan perniagaan kecil, mengambil bahagian secara produktif dalam peluang sektor tidak formal, membawa mereka ke dalam program bantuan diri, dsb.
Lihat Bekerjasama dengan kami – cara organisasi anda boleh membantu untuk mendapatkan butiran.