Search

Apakah yang akan berlaku jika saya berubah fikiran di pertengahan proses reintegrasi dan mahu anak saya kekal di institusi tetapi masih memerlukan perkhidmatan pekerja sosial?

Sekiranya anda memilih untuk tidak meneruskan proses reintegrasi, OrphanCare akan menamatkan penglibatan kami dan menutup fail kes anda. Matlamat utama projek ini adalah untuk membantu anak anda kembali ke dalam pangkuan keluarga dan membesar bersama-sama di bawah satu bumbung, bukannya di institusi.

Sebelum fail kes ditutup, Pekerja Sosial kami akan berbincang dengan anda, dan sekiranya pada masa hadapan anda berhasrat untuk meneruskan proses reintegrasi ini, kami akan membuka semula fail kes anda dan memberikan sokongan yang diperlukan.

Laman web Bahasa Malaysia OrphanCare sedang dalam proses dikemas kini.