Search

Apakah risiko kesihatan untuk gadis yang hamil pada usia muda?

Ramai remaja perempuan dan wanita muda kurang menyedari risiko kesihatan yang berkait dengan kehamilan pada usia muda.

  • Kurang penjagaan kesihatan pranatal – Kajian menunjukkan remaja hamil cenderung mendapatkan rawatan lewat, biasanya hanya pada trimester ketiga atau langsung tidak mendapatkannya.
    • Akibatnya, berlaku kelahiran bayi pramatang dan berat bayi yang rendah
  • Risiko komplikasi perubatan semasa hamil dan bersalin adalah lebih tinggi.
  • Risiko kelahiran pramatang dan kematian bayi lebih tinggi.
  • Komplikasi kehamilan dan kelahiran merupakan punca utama kematian bagi remaja perempuan berumur 15 hingga 19 tahun.
  • Risiko jangkitan penyakit kelamin (STD) dan HIV meningkat jika melakukan hubungan tanpa perlindungan.
  • Remaja perempuan yang berkahwin awal selalunya tidak mampu menolak hubungan seksual atau meminta penggunaan kondom, terutama jika pasangan mereka jauh lebih tua dan berpengalaman, sekali gus meningkatkan risiko jangkitan kelamin.

Laman web Bahasa Malaysia OrphanCare sedang dalam proses dikemas kini.