Search

Apa itu Program Kesedaran Kesihatan Reproduktif oleh OrphanCare?

Tujuan OrphanCare adalah untuk membantu golongan muda memahami risiko dan implikasi hubungan intim sebelum berkahwin serta memperkasa mereka dengan ilmu dan tanggungjawab untuk membuat pilihan bijak.

  • Meningkatkan kesedaran tentang isu pembuangan bayi, cara mencegah kehamilan yang tidak diingini dan bagaimana mengelak jangkitan penyakit kelamin (STDs).
  • Meningkat kesedaran bahawa ibu bapa perlu berbincang secara terbuka dengan anak remaja tentang kesihatan seksual dan reproduktif termasuk hubungan seksual, risiko penyakit dan akibat pembuangan bayi.

 

Program ini mensasar remaja hingga umur 23 tahun dan antara aktiviti yang dijalankan termasuk:

  • Sesi kesedaran di sekolah, kolej tempatan dan komuniti perumahan kos rendah.
  • Aktiviti berkumpulan untuk memahami isu sosial yang dihadapi remaja.

 

OrphanCare mengalu-alukan sukarelawan untuk turut serta dan mengikuti latihan “Training the Trainers” untuk meluaskan impak program ini.

Laman web Bahasa Malaysia OrphanCare sedang dalam proses dikemas kini.