Search

Apakah kesan negatif jika membesar di institusi?

Institusi tidak menyediakan persekitaran yang sesuai untuk kanak-kanak membentuk hubungan akrab dengan seseorang dewasa yang berkepentingan. Antara kesan negatif termasuk:

  • Kurang keyakinan diri, harga diri yang rendah
  • Kurang empati dan sukar memahami perasaan orang lain
  • Menunjukkan kasih sayang secara melampau kepada orang dewasa tanpa memahami batasan yang wajar
  • Bersikap agresif terhadap orang lain, menyakiti haiwan, menunjukkan tingkah laku negatif dan anti-sosial
  • Tingkah laku berulang (stereotaip), rangsangan kendiri dan mencederakan diri sendiri
  • Perkembangan kognitif yang lemah, pencapaian akademik yang rendah
  • Perkembangan moral yang terbatas (sukar membezakan antara betul dan salah)
  • Masalah dalam membina hubungan semasa zaman kanak-kanak dan dewasa
  • Tingkah laku delinkuen semasa remaja dan awal dewasa

Sumber: Deinstitutionalising and transforming children’s services. A guide to good practice, European Commission Daphne Programme July 2007

Laman web Bahasa Malaysia OrphanCare sedang dalam proses dikemas kini.