Search

Apakah itu De-Institutionalisasi (DI) / Family Based Care (FBC)?

Deinstitutionalisasi atau DI ialah proses peralihan kanak-kanak daripada sistem penjagaan institusi ke arah penjagaan berasaskan keluarga dan komuniti. Usaha ini memerlukan kerjasama pelbagai pihak. Ianya perlu ada disokong oleh perubahan dasar yang akan mengurangkan kebergantungan pada penjagaan institusi dan lebih fokus kepada perkhidmatan yang membantu mengekalkan kanak-kanak dalam keluarga dan komuniti mereka. DI bukan tentang menutup rumah anak yatim dan institusi penjagaan kanak-kanak.

Sebaliknya, ia adalah mengenai menyatukan kanak-kanak dengan ibu bapa mereka, saudara mara, ibu bapa angkat, atau ditempatkan di rumah penjagaan yang mempunyai kumpulan yang lebih kecil. Kanak-kanak harus diberi peluang untuk membina identiti mereka dan membesar dalam keluarga yang penuh kasih sayang. Setiap proses dilakukan dengan teliti untuk memastikan setiap kanak-kanak ditempatkan bersama keluarga yang sesuai. Kanak-kanak dan keluarga tersebut akan diberi kaunseling dan sokongan untuk membantu mereka berdikari.

Secara ringkasnya, DI/FBC adalah usaha untuk membawa kanak-kanak keluar dari Institusi dan dibesarkan dalam penjagaan keluarga yang penuh kasih sayang.

Laman web Bahasa Malaysia OrphanCare sedang dalam proses dikemas kini.