- Masyarakat mungkin mempunyai persepsi bahawa OrphanCare menggalakkan wanita yang belum berkahwin untuk memilih untuk tidak menjaga bayi mereka. Namun, kami berusaha sebaik mungkin dengan menyediakan sesi kaunseling untuk ibu-ibu yang terdedah kepada risiko ini, bagi membantu mereka menjaga bayi mereka. Sekiranya mereka tidak mampu, kami akan mengaturkan proses pengangkatan bagi bayi tersebut kerana kebajikan bayi adalah keutamaan kami.
- Masyarakat juga mungkin menganggap OrphanCare sebagai agensi pengangkatan atau rumah anak yatim (institusi).