Pada masa lalu, institusi lah yang menjaga kanak-kanak yang terdampar. Namun kini, semakin banyak negara beralih kepada pendekatan deinstitusi (DI) kerana ia terbukti memberikan hasil yang lebih baik. Negara-negara di Eropah Timur, Afrika, Indonesia, Kemboja, Myanmar, Vietnam dan Thailand sedang merombak sistem penjagaan kanak-kanak mereka, melaksanakan DI dan berusaha untuk menyatukan semula kanak-kanak ke dalam komuniti yang bersifat penyayang.
Melaksanakan DI bukanlah sesuatu yang mudah. Namun, negara yang mempunyai wawasan telah memulakan perubahan dalam sikap masyarakat dan komited memperuntukkan sumber untuk memindahkan kanak-kanak daripada institusi kepada sistem penjagaan berasaskan keluarga. Langkah Malaysia ke arah DI adalah berasaskan bukti.
Penjagaan berasaskan keluarga dan komuniti bukan sahaja lebih menjimatkan kos, malah mampu memberikan penjagaan yang lebih berkualiti kepada kanak-kanak. Kajian dari Romania, Ukraine, Moldova dan Rusia menunjukkan bahawa penjagaan berinstitusi boleh menelan belanja sehingga enam kali ganda lebih mahal berbanding penyediaan perkhidmatan sosial kepada keluarga yang memerlukan. Perbezaan kos ini turut berlaku di banyak negara lain di seluruh dunia.
Sumber rujukan: The Risk of Harm, Lumos, 2014 cost
Satu kajian di Haiti menganggarkan kos purata sebuah keluarga yang mempunyai seorang anak, termasuk penjagaan kesihatan, makanan dan pendidikan adalah sekitar USD1,560 setahun. Sebaliknya, menempatkan kanak-kanak yang sama di institusi menelan belanja sekitar USD6,600 setahun — dengan kualiti penjagaan yang jauh lebih rendah dan risiko kemudaratan yang tinggi. Ia empat kali ganda lebih tinggi!
Di Sudan dan Kemboja, kos penjagaan berasaskan keluarga hanyalah sekitar 10% daripada kos penjagaan di institusi.
Sumber rujukan: Ending the Institutionalisation of Children in Malaysia, Lumos, 2014