Kami tidak mempunyai kanak-kanak di OrphanCare. OrphanCare bukan rumah anak yatim tetapi pusat transit untuk membantu bayi dan kanak-kanak yang boleh dijadikan anak angkat
Organisasi kami bekerjasama dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) untuk mempercepatkan proses pengambilan anak angkat di mana bayi dan kanak-kanak kurang bernasib baik ini dapat segera dipadankan dan ditempatkan bersama ibu bapa yang sesuai atau dikembalikan kepada ibu bapa atau keluarga terdekat mereka.