Ya, OrphanCare amat menghargai sumbangan sukarelawan.
Kami bermula sebagai sekumpulan sukarelawan yang komited memperjuangkan nasib bayi terbuang dan pasangan yang ingin menjadi ibu bapa. Semangat kesukarelawanan ini kekal menjadi nadi utama dalam setiap inisiatif kami.
Kini, apabila OrphanCare semakin berkembang, kami sedang menilai semula pendekatan dan struktur penglibatan sukarelawan agar setiap sumbangan tenaga, masa dan kepakaran anda benar-benar memberi impak yang bermakna.
Kami percaya setiap orang mempunyai sesuatu yang boleh disumbangkan. Jika anda ingin menyumbang kembali kepada masyarakat dan membantu mereka yang memerlukan, kami alu-alukan penyertaan anda.