Pendidikan seks perlu dijadikan sebagai satu program kesedaran yang menyeluruh, iaitu di sekolah, kolej, universiti dan dalam komuniti oleh kerana terdapat kekangan apabila dijalankan dalam tempat tertentu. Ramai golongan muda juga mendapatkan maklumat mengenai seksualiti dan kesihatan reproduktif dari internet, yang sering kali tidak mendedahkan akibat daripada aktiviti seksual, termasuklah STI/STD, HIV/AIDS dan kehamilan yang tidak dirancang. Berkait rapat dengan aktiviti seksual adalah kekurangan ilmu dan kemahiran untuk mengelak apa bentuk gangguan dan penderaan seksual dan rogol .
Sesetengah guru pula kurang senang untuk menyampaikan ilmu dan pengetahuan mengenai topik berkenaan di sekolah. Oleh yang demikian penglibatan Badan-badan Bukan Kerajaan seperti OrphanCare boleh mengatasi kekangan ini kerana OrphanCare percaya dengan pengetahuan yang tepat dapat memberikan perlindungan dan kekuatan kepada golongan muda untuk membuat keputusan yang lebih bijak. Mereka juga didedahkan dengan teknik- teknik mengelak situasi yang berisiko.
Oleh itu, tajuk ceramah kesihatan seksual dan reproduktif kami adalah “I’M IN CONTROL” .