Johnson’s Baby sekali lagi menjalin kerjasama bersama OrphanCare buat kali kedua, menzahirkan sokongan berterusan mereka terhadap misi kami. Usahasama ini mencerminkan komitmen tulus Johnson’s Baby dalam membawa perubahan positif kepada kehidupan kanak-kanak. Dengan sumbangan mereka, OrphanCare terus berupaya menyediakan perkhidmatan dan sokongan penting kepada anak-anak yang memerlukan.