Mengapa Mengambil Kanak-Kanak Lebih Dewasa Sebagai Anak Angkat?

Share:

Saya ditinggalkan ketika berusia enam tahun. Ibu bapa saya meninggalkan saya di kawasan rehat lebuh raya. Enam tahun seterusnya saya habiskan kehidupan saya di rumah anak yatim.

Nama saya Alicia Abdullah. Saya anak angkat, dan saya adalah gadis 12 tahun yang paling bahagia! Hidup saya berubah sepenuhnya apabila Ayah dan Ibu mengambil saya sebagai anak dan membawa saya pulang ke rumah mereka. Hidup saya kini jauh lebih baik.

Di rumah, saya boleh masuk ke dapur dan makan atau minum apa sahaja bila-bila masa. Saya juga boleh menonton televisyen besar sepuas hati. Masakan Ibu sangat sedap dan menyelerakan. Dulu di rumah anak yatim, saya selalu lapar dan perlu tunggu waktu makan bersama semua anak-anak lain.

Apabila Kak Siti pulang bercuti dari sekolah, dia sentiasa gembira melihat saya. Kami akan pergi ke pusat beli-belah atau menonton wayang dan makan bertih jagung. Kak Siti hanya setahun lebih tua daripada saya, dan saya benar-benar rasa dia menyayangi saya seperti adik kandung. Ayah dan Ibu kata rupa kami pun seiras.

Ayah dan Ibu sentiasa memberi galakan untuk saya berjaya dalam pelajaran. Saya lulus PMR, tetapi keputusan saya rendah. Di rumah anak yatim, kami belajar dalam kumpulan besar. Saya sentiasa berasa malu, tidak yakin dan takut kepada guru. Kini Ayah sendiri mengajar saya Bahasa Inggeris, dan saya juga mengikuti kelas matematik Kumon. Ibu dan Ayah hantar saya ke sekolah setiap hari.

Kadang kala saya menangis kerana terlalu gembira dan bersyukur. Tapi saya juga menangis apabila teringat detik hitam yang pernah berlaku dalam hidup saya semasa saya menunggu ibu bapa (kandung) datang semula ambil saya dari warung tempat mereka tinggalkan saya. Saya merayau-rayau sehingga pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat jumpai saya.

Saya ingin percaya bahawa mereka tinggalkan saya kerana berharap ada orang lain yang lebih mampu menjaga saya. Tapi… adakah mereka benar-benar fikir begitu? Adakah saya anak yang jahat… atau mereka sebenarnya tidak sayangkan saya?

Sekarang mimpi saya kebanyakannya indah… tetapi kadangkala saya masih teringatkan Aisha yang tinggal di rumah anak yatim. Adakah dia juga akan bertemu ibu bapa angkat yang penyayang seperti saya miliki?

More Stories

Disokong oleh, Geran OrphanCare, Kesedaran, Optional, Organisasi, Penyokong OrphanCare

OrphanCare Menerima Geran daripada Yayasan Sime Darby (YSD) di bawah Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) di bawah inisiatif Belanjawan MADANI 2025

Geran ini akan menyokong Ceramah Kesihatan Reproduktif dan usaha penyahinstitusian, memperkasakan kanak-kanak dan memperkukuh penyelesaian penjagaan berasaskan keluarga di seluruh Malaysia. Petaling Jaya, Selangor — Yayasan OrphanCare dengan bangganya mengumumkan bahawa ia telah menerima geran...

    Laman web Bahasa Malaysia OrphanCare sedang dalam proses dikemas kini.