Sejak menyertai OrphanCare, Riza telah menemui minat sejatinya.
Dengan latar belakang pendidikan dalam Perhubungan Awam dan Pemasaran, Riza, yang juga seorang Business & Executive Coach bertauliah dari Universiti Malaya, Riza percaya dalam memperjuangkan nasib bayi dan kanak-kanak yang kurang bernasib baik, membantu wanita menghadapi kehamilan yang tidak dirancang, serta meningkatkan kesedaran tentang misi OrphanCare.
]Tugas beliau adalah memastikan OrphanCare dikenali dengan luas, mendapat sokongan yang kukuh, dan sentiasa disebut secara positif.
]Sebagai sebahagian daripada pasukan yang hebat di OrphanCare, Riza berharap kemahiran dan pengalaman lebih 20 tahun dalam industri hospitaliti dan latihan dapat membantu orphanCare untuk terus maju. Beliau percaya kepada falsafah “Together Everyone Achieve More (TEAM)”.