Pemahaman tentang seksualiti dan kesedaran seks adalah sangat penting. Setiap keluarga mempunyai tahap pemahaman yang berbeza tentang subjek tersebut. Dengan hanya satu klik di internet, golongan remaja terdedah kepada begitu banyak saluran seks. Ibu bapa memainkan peranan yang besar dalam mendidik anak-anak mereka tentang seksualiti dan kesedaran seks. Lebih banyak anak-anak mereka memahami tentang maruah diri dan menghormati orang lain dari segi kesedaran seks, lebih banyak pencegahan boleh dilakukan. Oleh itu OrphanCare secara konsisten bekerjasama dengan sekolah, universiti dan kumpulan belia untuk mengatur ceramah dan kempen kesedaran seks mengikut modul yang disediakan oleh LPPKN.