Bantu menjamin masa depan anak-anak kita Kanak-kanak

OrphanCare memperjuangkan hak kanak-kanak berisiko untuk membesar dalam persekitaran penjagaan yang penuh kasih sayang.

Sumbangkan kepada OrphanCare demi Menyokong Perlindungan dan Masa Depan Anak-Anak Ini.

Mengapa Sumbangan anda penting?

Yayasan kami bukanlah berasaskan keuntungan dan bergantung sepenuhnya kepada sumbangan daripada syarikat korporat dan individu persendirian untuk membiayai program-program serta matlamat kami iaitu menyediakan penjagaan, perlindungan, dan peluang masa depan yang lebih baik kepada kanak-kanak kurang bernasib baik.


Kami tidak akan mampu meneruskan usaha ini tanpa sokongan anda. Sumbangan anda akan memberi impak positif kepada kehidupan kanak-kanak dan remaja di Malaysia, serta memastikan kelangsungan OrphanCare agar kami dapat terus membantu mereka mencapai masa depan yang bahagia dan sihat.

Setiap sumbangan membawa harapan yang besar.

Ke mana perginya sumbangan anda?

Perkhidmatan Baby Hatch

Kami menyediakan tempat perlindungan selamat bagi mereka yang menghadapi kehamilan tidak dirancang termasuk kaunseling, rangkaian sokongan, dan pusat baby hatch kami.

Sokongan kepda ibu bapa

Dana anda membolehkan kami meluaskan program latihan keibubapaan kepada lebih ramai ibu bapa yang memerlukan bimbingan.

Peluang Kedua untuk Anak-Anak

Kami menjadi pemudahcara kepada proses pengambilan anak angkat dan membantu membina pengalaman kekeluargaan yang bermakna dengan memadankan bayi dan ibu bapa yang bersedia menerima mereka

Reintegrasi

Memberi sokongan kepada keluarga yang direintegrasi agar mereka mampu memenuhi keperluan harian anak-anak.

Mengubah kehidupan

Meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kesan negatif institusionalisasi dan menggalakkan penyatuan semula kanak-kanak dengan keluarga mereka.

Membawa impak positif Bersama

Kami perlukan sokongan anda untuk meneruskan perjuangan kami.

Kami menghargai sebarang jenis sumbangan, besar atau kecil.

Kami menjamin saluran sumbangan yang selamat dan terjamin

Laman web Bahasa Malaysia OrphanCare sedang dalam proses dikemas kini.