Sukarelawan yang terdiri daripada pelajar-pelajar Universiti Sunway telah meluangkan masa dan tenaga mereka untuk menceriakan bilik pengasuh OrphanCare. Dengan penuh ketekunan, mereka menyisihkan pakaian bayi yang tidak lagi boleh digunakan, mengemas dan menyusun semula ruang bagi memberikan nafas baharu yang lebih segar dan teratur. Sentuhan mereka bukan sahaja memperindah ruang fizikal, malah memberi keselesaan dan semangat baharu kepada pengasuh kami dan para pelawat. Kami amat menghargai keprihatinan mereka untuk memberi kesejahteraan kepada komuniti.