{"id":7542,"date":"2021-10-04T16:10:23","date_gmt":"2021-10-04T08:10:23","guid":{"rendered":"https:\/\/orphancare.org.my\/penyelesaian-ubah-sistem-ubah-kehidupan\/"},"modified":"2026-01-21T17:32:16","modified_gmt":"2026-01-21T09:32:16","slug":"penyelesaian-ubah-sistem-ubah-kehidupan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/orphancare.org.my\/ms\/penyelesaian-ubah-sistem-ubah-kehidupan\/","title":{"rendered":"Satu Penyelesaian: Ubah Sistem, Ubah Kehidupan"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><em>Respon yang tepat terhadap institusionalisasi kanak-kanak adalah membantu keluarga kekal bersama dengan memberi sokongan sosial, ekonomi dan emosi. Dalam erti kata lain, ia bermaksud beralih kepada pemeliharaan berasaskan keluarga dan komuniti. <\/em><\/p>\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kerajaan turut berkongsi pandangan yang sama. Pada Mei 2015, Kerajaan mengumumkan pelaksanaan proses (DI) dan tidak lama kemudian menggubal Akta Kanak-Kanak (Pindaan) 2016 bagi menyediakan platform untuk peralihan tersebut. Dalam persidangan nasional bersama kami mengenai DI bertajuk \u2018A Paradigm Shift\u2019 pada November 2016, Kerajaan mengumumkan hasratnya untuk beralih daripada penjagaan institusi kepada sistem pemeliharaan berasaskan keluarga.  <\/p>\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">DI membolehkan kanak-kanak meninggalkan institusi dan disatukan semula ke dalam keluarga. Keluarga-keluarga ini seterusnya menerima bantuan untuk membesarkan kanak-kanak tersebut. Kemiskinan adalah salah satu faktor utama yang menjejaskan kestabilan keluarga. Dengan <em>menangani <\/em>punca sebenar ini, kita dapat mempertingkatkan peluang kanak-kanak untuk terus tinggal bersama keluarga mereka. Menyokong rumah anak yatim\/institusi dalam jangka masa panjang sebenarnya menjejaskan kanak-kanak. Ia menghakis hak mereka untuk membesar dalam persekitaran keluarga yang sepatutnya.     <\/p>\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>Peralihan kepada Pemeliharaan Berasaskan Keluarga Melibatkan:<\/strong><\/p>\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong><em>Mengembalikan Kanak-Kanak kepada Ibu Bapa Mereka Sendiri<\/em><\/strong><\/p>\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Mengembalikan Kanak-Kanak kepada Ibu Bapa Mereka Sendiri<br\/>Mengembalikan atau mengekalkan kanak-kanak bersama ibu bapa mereka. Anihnya,, lebih daripada 90% kanak-kanak di rumah anak yatim di Malaysia masih mempunyai sekurang-kurangnya seorang ibu atau bapa yang masih hidup. Mereka ditempatkan di rumah anak yatim kerana ibu bapa tidak mampu menjaga mereka, sama ada disebabkan oleh kemiskinan, penyakit, status tidak berkahwin, berada di penjara, ketidakupayaan menjaga anak kurang upaya, atau kerana ibu bapa tersebut merupakan ancaman kepada keselamatan anak.  <\/p>\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">OrphanCare percaya bahawa kemiskinan tidak sepatutnya menjadi alasan untuk memisahkan kanak-kanak daripada ibu bapa mereka. Keluarga yang miskin perlu diberi bantuan supaya mereka dapat terus bersama <\/p>\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong><em>Menempatkan Kanak-Kanak Bersama Keluarga Lain<\/em><\/strong><\/p>\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kanak-kanak ditempatkan di bawah jagaan ahli keluarga lain, ibu bapa angkat atau penjaga sementara. Dalam sesetengah kes, kanak-kanak tidak dapat dan tidak sepatutnya kembali kepada ibu bapa mereka. Penyelesaian terbaik dalam situasi ini adalah dengan menempatkan mereka bersama ahli keluarga terdekat (penjagaan kekeluargaan) atau dengan ibu bapa angkat atau penjaga sementara. Kanak-kanak tersebut mungkin dijaga oleh penjaga sementara sambil menunggu proses pengangkatan dijalankan. Kepentingan dan kehendak terbaik kanak-kanak mestilah menjadi keutamaan utama.    <\/p>\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong><em>Penjagaan Kanak-Kanak Berkeperluan Khas (Kurang Upaya)<\/em><\/strong><\/p>\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kanak-kanak berkeperluan khas harus ditempatkan dalam persekitaran keluarga yang mampu menyediakan penjagaan khusus dan berterusan. Bagi kanak-kanak yang menghadapi masalah kesihatan serius, kecacatan fizikal atau mental, dan memerlukan rawatan profesional secara berterusan, alternatif yang sesuai adalah menempatkan mereka dalam rumah kumpulan kecil yang menampung kira-kira 8 hingga 10 kanak-kanak. Walaupun bukan ideal, pilihan ini lebih baik daripada penjagaan di institusi rumah anak yatim.  <\/p>\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong><em>Memperkukuh keluarga supaya kembali berdikari bukan perkara mudah, tetapi:<\/em><\/strong><\/p>\n\n<ul class=\"wp-block-list\"><li><strong>Ia merupakan penyelesaian jangka panjang yang praktikal untuk kanak-kanak yang terdedah kepada risiko.<\/strong><\/li><li><strong>Dari segi kos dan manfaat, ia jauh lebih baik berbanding alternatif lain.<\/strong><\/li><\/ul>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Apakah tindak balas yang betul yang boleh kita buat mengenai penginstitusian kanak-kanak? Dan bagaimana kita akan melaksanakannya? <\/p>\n","protected":false},"author":13,"featured_media":6794,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[192],"tags":[],"class_list":["post-7542","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-deinstitusionalisasi"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/orphancare.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7542","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/orphancare.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/orphancare.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/orphancare.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/13"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/orphancare.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=7542"}],"version-history":[{"count":5,"href":"https:\/\/orphancare.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7542\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":8996,"href":"https:\/\/orphancare.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7542\/revisions\/8996"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/orphancare.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=7542"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/orphancare.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=7542"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/orphancare.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=7542"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}